Wednesday, March 2, 2016

Aktiviti - Handmade Frame

Assalamualaikum...

Untuk aktiviti Kelab Fotografi seterusnya, kami membuat handmade frame untuk meletakkan gambar-gambar yang akan datang.

Bahan-bahan semua telah disediakan. Para pelajar hanya perlu membuat frame mengikut kreativiti masing-masing. Bahan yang diperlukan ialah kertas keras, kertas A4 berwarna, tali, bahan-bahan hiasan seperti butang, bulan bintang dan lain-lain.

Untuk dapatkan barang-barang yang comel, nak dapatkan barang beli di kedai DIY sahaja. Macam-macam boleh dapat dengan harga yang murah dengan kuantiti yang banyak. Kami pecahkan pelajar mengikut kumpulan iaitu sebanyak 13 kumpulan.

Contoh-contoh frame yang terdahulu.

Sesi membuat frame bermula

Pelajar yang gigih menyiapkan frame masing-masing

Pelajar terlebih kreatif. Sepatutnya tak perlu letak kertas di tengah-tengah. =)





Pengerusi yang gigih, Saggie


Naib Pengerusi, Fairul acted as a facilitator. He guided his friends.

Tadaaa!!! Hasil tangan para pelajar




Terima kasih para pelajar. Semua frame adalah cantik dan terbaik. Frame terbaik cikgu  akan gantung cepat-cepat dan frame yang lain cikgu akan buat penambahbaikan.

By the way, you are amazing!

Sunday, February 28, 2016

Tema Mingguan 4: Candid


Selamat Sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Siapa pernah dengar Candid. Cikgu suka sangat gambar candid sebab gambar tersebut menunjukkan situasi dan juga keadaan. Bahasa pasarnya bermaksud gambar curi. Di mana subjek tidak mengetahui gambar mereka di ambil. Gambar di ambil kadangkala menunjukkan kegembiraan, kesedihan, kesusahan dan sebagainya.

Untuk tema kali ini, para pelajar menyatakan tema ini sangat susah. Terdapat juga pelajar yang tidak pernah dengar atau tahu langsung apa itu candid.

Setelah diterangkan oleh para guru dan juga translate ke bahasa cina oleh Cikgu Tan, maka inilah hasil gambar candid yang telah diambil.

Usaha kalian amat cikgu hargai dan banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Sebelum itu, cikgu terangkan sedikit apa maksud candid.

 
Sumber di sini

Dan ini adalah hasil karya para pelajar untuk tema Candid.
























Terima kasih di atas komitmen kalian

See you

Wednesday, February 17, 2016

Tema Mingguan 3: Perayaan Tahun Baru Cina

Selamat Sejahtera.

Salam 1 Malaysia. Macammana cuti? Harap-harap semua dapat berehat dengan tenang semasa cuti Tahun Baru Cina. Tapi.... cuti, cuti juga. Tugasan jangan dilupa.

Untuk tema ke-3 ini, cikgu telah memilih tema perayaan. Umum tahu, perayaan merupakan satu peristiwa yang sangat meriah dan semasa perayaan inilah kita dapat jumpa kaum keluarga dan sahabat handai yang jauh di mata tapi dekat di hati (cewah!)

So, apalagi, jom kita lihat hasil karya para pelajar mengikut tema "Perayaan"























Thanks you all kerana memberikan komitmen yang tinggi walaupun dalam mood bercuti.

Bye