Wednesday, March 2, 2016

Aktiviti - Handmade Frame

Assalamualaikum...

Untuk aktiviti Kelab Fotografi seterusnya, kami membuat handmade frame untuk meletakkan gambar-gambar yang akan datang.

Bahan-bahan semua telah disediakan. Para pelajar hanya perlu membuat frame mengikut kreativiti masing-masing. Bahan yang diperlukan ialah kertas keras, kertas A4 berwarna, tali, bahan-bahan hiasan seperti butang, bulan bintang dan lain-lain.

Untuk dapatkan barang-barang yang comel, nak dapatkan barang beli di kedai DIY sahaja. Macam-macam boleh dapat dengan harga yang murah dengan kuantiti yang banyak. Kami pecahkan pelajar mengikut kumpulan iaitu sebanyak 13 kumpulan.

Contoh-contoh frame yang terdahulu.

Sesi membuat frame bermula

Pelajar yang gigih menyiapkan frame masing-masing

Pelajar terlebih kreatif. Sepatutnya tak perlu letak kertas di tengah-tengah. =)





Pengerusi yang gigih, Saggie


Naib Pengerusi, Fairul acted as a facilitator. He guided his friends.

Tadaaa!!! Hasil tangan para pelajar




Terima kasih para pelajar. Semua frame adalah cantik dan terbaik. Frame terbaik cikgu  akan gantung cepat-cepat dan frame yang lain cikgu akan buat penambahbaikan.

By the way, you are amazing!

No comments: