Sunday, April 23, 2017

Bengkel Fotografi bersama Studio Kitani Shah Alam

Assalamualaikum..

Pada bulan Febuari yang lepas, Kelab Fotografi dan Video sekolah telah mengadakan Bengkel Fotografi. Apa yang menariknya, Bengkel ini adalah kerjasama dengan Studio Kitani Shah Alam.

Such a great opportunity bila Pihak Studi Kitani menghubungi saya untuk bekerjasama dalam projek mereka. Maka, saya google nama Studio Kitani dan akhirnya jumpa Facebook Studio Kitani.

Awalnya tidak percaya kerana dengan hanya memaparkan hasil karya pelajar di blog tetapi dapat menarik minat Studio Kitani untuk menjalankan projek mereka.

Pengenalan kepada projek Kitani adalah untuk memperkenalkan kamera pakai buang (disposable camera) yang menggunakan filem yang mana kamera ini amat popular di masa dulu dan semakin pupus dengan kecanggihan teknologi sekarang.

Tujuan lain juga adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang kamera ini. Bagaimana untuk menggunakannya dan memberi pengalaman kepada pelajar.

Permulaanya pihak Studio Kitani hanya meminta 10 orang sahaja tapi saya request untuk buat 20 orang. So, the more the merrier.

Setelah perbincangan dibuat, tarikh sudah sepakat, maka kertas kerja dibuat. Segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.





























Terima kasih Team Studio Kitani kerana memberi pelajar peluang mengenali kamera ini.

Sehingga Bengkel ini habis masih ada pelajar yang bukan ahli kelab bertanya sama ada bengkel ini akan dibuat lagi atau tidak.😂. Apa yang menarik minat mereka adalah, kamera yang diberi kepada pelajar seorang satu.

Maka pelajar lain yang tengok, cemburu dan ingin turut serta. Terdapat juga sekolah yang bertanya kepada saya macam mana untuk buat bengkel ini.

Thanks to Studio Kitani..

Till then, tata.....

Till we meet again.

No comments: