Wednesday, January 27, 2016

Tema Mingguan 1 : Serangga




Selamat sejahtera..
Setiap minggu, kelab ini akan meminta para pelajar untuk menghantar sekeping gambar yang kreatif mengikut tema yang dipersetujui. Tema pada minggu ini ialah SERANGGA. Pelajar perlu mengambil gambar serangga mengikut kreativiti masing-masing dan menyerahkannya kepada .

Di bawah adalah beberapa keping gambar yang telah dihantar oleh ahli Fotografi yang mengikut tema mingguan.

CHAW HUI XIN - 2 ELT

LIM YI NI - 2 HEMAH

LOR ZE WEI - 4 PD 2

SAGGIE LIM - 5 PD 1



 

Ada juga ahli yang tidak mengikut tema. Walaubagaimanapun, usaha ahli amat dihargai dalam mengambil gambar yang terbaik.

FAIRUL - 5 PD 2











Diharapkan, sambutan di minggu-minggu seterusnya meriah. Diingatkan juga kepada ahli, dilarang mengambil gambar daripada internet kemudian di edit balik. Ini akan mengganggu nilai etika sesebuah gambar tersebut.


Thanks uolssss...

Sunday, January 24, 2016

Perjumpaan 2/2016 Kelab Fotografi dan Video

Salam sejahtera.

Aktiviti untuk perjumpaan ke 2/2016 ini ialah penerangan serba sedikit tentang fotografi. Segala-galanya tentang asas mengenai fotografi. En Tan seorang yang tahu serba sedikit selok belok fotografi dan juga tentang kamera.

Diharapkan dengan kehadiran beliau, kita sama-sama dapat berkongsi ilmu tentang fotografi.







Till then, tata..

Wednesday, January 13, 2016

Mesyuarat Agung Pertama Kelab Fotografi dan Video 2016

Salam Sejahtera...

Mesyuarat Agung yang pertama ini bertujuan untuk memilih AJK tertinggi yang dapat membantu guru mengendalikan aktiviti setiap pelajar setiap kali perjumpaan diadakan. Ciri-ciri AJK tertinggi yang diingini ialah pelajar dapat memimpin ahli kelab membuat segala aktiviti yang dijalankan oleh kelab. Guru-guru sebagai fasilitator iaitu memantau dan membimbing AJK untuk menjadi pemimpin.

Guru-guru Kelab Fotografi dan Video bagi sesi 2016 ialah :

Puan Noor Liyana binti Kamarudin

 Encik Tan Kuan Nien

Puan Rosila binti Amat Temin

Puan Khairul Bariah binti Moh Hoyua

Diharapkan perlantikan AJK tertinggi ini dapat membantu guru untuk memantapkan lagi Kelab Fotografi di sekolah.

AJK tertinggi bagi sesi 2016 ialah :
 

 Pengerusi : Saggie Lim

 Naib Pengerusi : Mohammad Fairul bin Abd Razak

Sebagai seorang ketua, tanggungjawab dalam menjalankan tugas amat penting. Bukan untuk mendapatkan jawatan sahaja, malah perlu arif dan peka dengan segala perkara yang berlaku sepanjang perjumpaan.

 Senarai nama AJK lain

    Antara rancangan aktiviti tahun 2016

    Diharapkan, tahun 2016 adalah tahun yang berjaya dan sukses untuk Kelab Fotografi dan Video sekolah.

    Wednesday, January 6, 2016

    Pendaftaran Pelajar Kelab Fotografi

    Salam Sejahtera.
    Pendaftaran untuk memasuki Kelab Fotografi telah diadakan. Had untuk memasuki kelab ini adalah sebanyak 80 orang. Dalam masa 30 minit sahaja, quota telah penuh dan terdapat juga pelajar yang tidak sempat untuk mendaftar.





    Takpelah, tahun depan cuba lagi. Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat. Good luck dan selamat datang para pelajar ke Kelab Fotografi dan Video SMK Taman Mount Austin.

    Dengan adanya kelab ini, diharapkan para pelajar dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang perjumpaan yang dijangkan sebanyak 18 kali setahun. Many days to go. All your cooperation we appreciate.

    Friday, January 1, 2016

    Selamat Datang 2016

    Salam sejahtera..

    Selamat datang ke Blog Kelab Fotografi SMK Taman Mount Austin. Blog ini dibuat bertujuan untuk mengabadikan segala kenangan dan aktiviti yang melibatkan guru-guru dan ahli-ahli Kelab Fotografi. Moga dengan adanya blog ini, dapat menjadi rujukan kepada kita semua.

    Salam perpaduan, salam 1 Malaysia